KUALA LUMPUR 21 Sept. – Menyedari perlunya suara golongan India muslim didengari pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), sebuah parti politik baharu ditubuhkan bagi memperjuang dan membela hak golongan berkenaan. Parti baharu yang dikenali sebagai Parti India Muslim Bersatu Malaysia (PIBM) itu juga akan bertindak sebagai wadah mewakili hasrat dan keperluan kira-kira 800,000 orang komuniti India muslim dalam negara. Menurut Presiden Penaja PIBM, Datuk Jamarulkhan MS Kadir, penubuhan parti berkenaan…










