KUALA LUMPUR 25 Sept. – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan mempertahankan bahasa Melayu malah bertekad untuk mempertingkatkan kedudukannya. Presiden PKR itu berkata, perkara berkaitan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak boleh diubah kerana telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun begitu, jelasnya ini tidak bermakna penguasaan bahasa lain seperti Inggeris dan Mandarin diketepikan kerana ia merupakan bahasa ilmu serta ekonomi. “Yakin insya-Allah kerajaan baru Pakatan…










