PASIR PUTEH 24 Sept. – Kira-kira 140 petani daripada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tiga Daerah, di sini, berjaya mendapatkan bantuan berjumlah RM88,800 hari ini menerusi Skim Bantuan Khas Pesawah Sementara Menunggu Hasil Tuaian selepas proses rayuan dibuat. Pengurus Besar PPK berkenaan, Asri Abdullah berkata, petani tersebut sepatutnya menerima skim bantuan itu sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu. “Namun, nama mereka terkeluar daripada senarai penerima di bawah fasa pertama. “Permohonan mereka…










