WANITA itu dilihat memegang sebatang berus dengan hujung mata yang cukup halus dan mencelupnya ke dalam larutan pewarna yang dibancuh dengan air. Dengan berhati-hati, hujung berus yang telah dicelup dengan pewarna itu kemudian digerakkan ke atas permukaan sehelai kertas putih mengikut lakaran yang telah dilukis terlebih dahulu dengan menggunakan pensel. Jelas terlihat raut wajah wanita berkulit sawo matang itu begitu serius semasa proses mewarnakan lakaran itu dibuat, bimbang jika tersalah…










