WELLINGTON – Sekumpulan penumpang terpaksa berenang untuk menyelamatkan diri semalam apabila sebuah pesawat terbabas lalu ‘mendarat’ di dalam sebuah lagun di sebuah pulau terpencil di Lautan Pasifik. Pesawat Boeing 737 penerbangan Air Niugini itu cuba mendarat di lapangan terbang Weno di Micronesia tetapi akhirnya terbabas ke lagun Chuuk dalam nahas yang berlaku awal pagi semalam. Gambar dan video yang dimuat naik di media sosial menunjukkan penduduk tempatan bergegas menggunakan bot-bot…










