Pesawat pejuang termahal 
AS jatuh terhempas - Utusan Malaysia

Pesawat pejuang termahal 
AS jatuh terhempas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 29 SEPT – Pesawat pejuang tentera paling besar dan termahal di dunia iaitu F-35 milik tentera Amerika Syarikat (AS) dilaporkan terhempas buat pertama kali dalam satu kejadian di South Carolina, kelmarin.

Lapor BBC, juruterbang berjaya melepaskan diri dan tiada yang tercedera.

Tentera laut AS dalam satu kenyataan berkata, punca kemalangan masih lagi dalam siasatan.

Jet yang terlibat dalam insiden tersebut dipercayai mene­lan belanja AS$100 juta (RM413 juta), walaupun Pentagon me­ngumumkan kontrak bagi 141 pesawat F-35 telah diturunkan kos kepada AS$89.2 juta (RM343 juta) bagi sebuah pesawat, menurut Reuters.

Model pesawat itu adalah salah satu daripada tiga jenis F-35 dalam operasi.

Khamis lalu, AS menjalankan operasi pertamanya menggunakan F-35B dengan menyasarkan kepada Taliban di Afghanistan, empat bulan selepas tentera Israel mengumumkan telah menggunakan F-35A untuk melakukan dua serangan berasingan.

Presiden AS, Donald Trump sebelum ini berulang kali memuji F-35, mengatakan musuh ‘tidak dapat melihatnya’.

Walaupun pesawat itu ‘tidak dapat dilihat’, syarikat aeroangkasa, pertahanan dan teknologi termaju Amerika Syarikat (AS), Lockheed Martin berkata, teknologi memboleh­kan pesawat untuk mengelakkan daripada dikesan radar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN