Pesalah rasuah harus dihukum - Tun Mahathir - Utusan Malaysia

Pesalah rasuah harus dihukum – Tun Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, individu yang melakukan rasuah mesti dihukum tetapi beliau berpendapat ia belum mencapai tahap di Malaysia bahawa pesalah harus dihukum penjara seumur hidup.

“Mereka mungkin di penjara, berapa lama mereka dipenjarakan bergantung pada tahap kesalahan dan saya fikir tahap rasuah yang berbeza memerlukan hukuman yang berbeza. Tetapi kami belum mencapai tahap bagi hukuman penjara seumur hidup,” katanya.

Mahathir menjawab soalan sama ada beliau menyokong hukuman mati bagi pemimpin yang melakukan rasuah selepas beliau menyampaikan syarahan bertajuk Cabaran Tadbir Urus Yang Baik Dalam Negara Islam pada Isnin di Pusat Pengajian Islam Oxford di Universiti Oxford.

Individu yang didapati bersalah melakukan rasuah oleh mahkamah di Malaysia akan dihukum penjara, katanya dan menambah bahawa di sesetengah negara pesalah ditembak mati tetapi ia tidak akan menyelesaikan masalah itu.

Dalam syarahannya yang menyentuh mengenai negara Islam dan sistem demokrasi, Mahathir berkata, negara Islam yang mengamalkan sistem demokrasi perlu lebih banyak masa untuk memahami pelaksanaan tersebut. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN