Perbincangan tentang perubahan iklim dan pemanasan global semakin rancak apabila penduduk dunia makin kerap menghadapi bencana alam seperti banjir, ribut, cuaca panas dan kemarau. Laporan 2007 Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Iklim (IPCC) kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyimpulkan lebih daripada 90 peratus penyebab pemanasan sejak 50 hingga 60 tahun disumbangkan oleh manusia. Antara alasan utama perubahan iklim dan pemanasan dunia adalah disebabkan pelepasan karbon dioksida (CO2) yang tinggi hasil…