KUALA LUMPUR 14 Sept. – Jabatan Pertanian memutuskan untuk menggantung sementara pengeluaran semua permit import (IP) bagi cili dari Vietnam berkuatkuasa serta merta. Menurut kenyataan Jabatan Pertanian, penggantunggan itu dibuat hasil daripada pemantauan kadar sisa racun di pintu masuk utama negara. “Hasil analisis dijalankan terhadap sampel, mendapati lebih 50 peratus cili import dari Vietnam melanggar Tahap Maksimum Residu (MRL) racun perosak. “Bagi tujuan keselamatan makanan, tindakan penggantunggan pengeluaran IP cili…











