Permit import cili dari Vietnam digantung sementara - Utusan Malaysia

Permit import cili dari Vietnam digantung sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA –  Pengeluaran Permit Import (IP) cili daripada Vietnam digantung sementara berkuatkuasa serta-merta hari ini kerana produk tersebut didapati melanggar nilai piawaian Maximum Residue Limit (MRL) negara.

abatan Pertanian dalam satu kenyataan di sini berkata, penggantungan sementara itu diambil sebagai langkah keselamatan apabila menemui pelbagai jenis racun perosak ditemui pada sampel cili yang diimport daripada negara itu.

“Jabatan Pertanian telah membuat pemantauan racun perosak ke atas cili yang diimport di pintu-pintu masuk negara. Pemantauan dilakukan adalah untuk memastikan produk pertanian yang diimport memenuhi MRL negara.

“Hasil analisis kami dapati 50 peratus sampel cili diimport dari Vietnam telah melanggar nilai MRL racun perosak yang merangkumi pelbagai racun perosak anataranya Oranophosphate, Synthetic Pyrethroid, Carbamate, Triazole dan Dithiocarbamate,” katanya.

Tempoh penggantungan sementara IP cili dari Vietnam akan diberitahu kemudian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN