KEMAMAN – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah, pengurusan masjid perlu mengambil langkah proaktif memperluaskan fungsi rumah ibadah tersebut bagi memastikannya terus diimarah masyarakat seiring dengan peredaran zaman. Baginda bertitah, masjid bukan hanya tempat ibadah tetapi turut merupakan pusat pembangunan modal insan yang menjadi jambatan memperkukuhkan persaudaraan, kesefahaman, kesatuan, keharmonian, keadilan dan keilmuan masyarakat terutama dalam kalangan umat Islam. “Masjid boleh dijadikan pusat penyebaran ilmu. Budaya ilmu ini bukan…










