KOTA KINABALU 17 Sept. – Perkara utama harus diambil kira berkaitan isu pemberian royalti minyak sebanyak 20 peratus kepada setiap negeri adalah mencari mekanisme pembayaran yang sesuai. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, langkah tersebut perlu bagi memastikan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) tidak ‘terbunuh’ disebabkan perlu membayar royalti. “Kita tidak mahu membunuh Petronas, kalau keluarkan sebanyak 40 peratus kos operasi, Petronas akan kehilangan wang, Petronas ialah syarikat minyak milik…










