PASIR PUTEH 26 Sept. – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menerima lebih 600 permohonan terhadap Program Penempatan Pekerjaan Semula dan Faedah Tunai Interim daripada individu yang hilang pekerjaaan sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini. Pengarah Perkeso negeri, Zaini Ab. Latif berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 547 pemohon berkelayakan sudah menerima faedah masing-masing melibatkan pembayaran keseluruhan sebanyak RM328,000. “Melalui Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) ini, bantuan kewangan segera disampaikan untuk tiga bulan sekiranya…










