Perkasa pendidikan Islam - Utusan Malaysia

Perkasa pendidikan Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 11 Sept. – Kerajaan negeri akan te­rus memperkasakan sistem pendidikan Islam, modal insan dan warisan budaya dalam memacu pembangunan ne­geri agar tidak tertumpu kepada pembangunan material semata-mata.

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, pihaknya sedar kekuatan ekonomi memiliki pe­ngaruh terhadap survival umat dan kelangsungan kekuatan agama Islam.

“Kekuatan ekonomi tidak seharusnya dipacu kepada penca­rian keuntungan semata-mata sehingga sanggup mengambil hak orang lain atau menggadai kedaulatan negara.

“Menyedari perkara ini, kita akan memperkasakan sistem pendidikan Islam, modal insan dan warisan budaya seperti yang ter­­­ka­ndung dalam Pelan Pembangunan Mampan Negeri Johor 2019-2030,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Johor 2018 di Pusat Islam Iskandar, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri, Suhaizan Kaiat, Setiausaha Kerajaan Ne­geri, Datuk Azmi Rohani dan Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Nooh Ga­dot.

Tambah Osman, agama Islam memberi tapak dan dasar kepada perkembangan dunia moden ketika ini.

“Melalui semangat hijrah, umat Islam mesti bijak dalam memartabatkan dan mendau­latkan Islam setinggi-tingginya, khususnya di negeri ini.

“Sehubungan itu, masyarakat seluruh negeri ini perlu merebut peluang yang disediakan kerajaan dalam usaha meningkatkan kua­liti dan ekonomi masing-masing,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN