GOPENG 16 Sept. – Dalam usaha untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh komuniti Orang Asli untuk mendapatkan pendidikan awal kanak-kanak, Yayasan Eco World baru-baru ini menyumbangkan sebanyak RM200,000 kepada Persatuan Kebajikan Suara Kanak-Kanak Malaysia (Suka Society) untuk menjalankan program Empowered 2 Teach (E2T), sebuah model pemerkasaan pendidikan. Pengerusi Yayasan Eco World, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, sumbangan buat pertama kali itu bagi menubuhkan 10 buah prasekolah bagi masyarakat Orang…











