Pelancaran UiTMSat-1 itu merupakan satu titik tolak dalam memperkasa penyelidikan berkaitan bidang angkasa di negara ini. Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir berkata, pelancaran UiTMSat-1 membuktikan penyelidikan oleh saintis tempatan yang terdiri daripada pensyarah dan pelajar UiTM juga berkemampuan menjalankan penyelidikan di angkasa lepas. “UiTMSat-1 merupakan satu projek yang sememangnya patut dibanggakan dan universiti lain di negara ini juga digalakkan mengikut jejak langkah UiTM untuk merancakkan lagi bidang kajian angkasa. “Malah tidak mustahil kecemerlangan pelajar UiTM ini ditawarkan untuk membawa penyelidikan mereka ke ISS…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya