KUALA LUMPUR 25 Sept. – Perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan tidak boleh sama sekali dirungkaikan oleh mana-mana pihak sekalipun. Menurut Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, perkara ini telah dipersetujui dan ditandatangani oleh semua pimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) sewaktu membentuk kerajaan. Tambah beliau, sehingga kini belum ada satu tindakan pun yang dilakukan oleh Kerajaan PH yang boleh menjejaskan institusi raja-raja. Bagaimanapun Anwar mengingatkan, rakyat perlu menerima bahawa perubahan landskap…










