KUALA LUMPUR 1 Sept. – Kerajaan akan memberi tumpuan untuk melaksanakan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan berusaha menghapuskan jurang perbezaan antara Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung Malaysia. Namun, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan, kerajaan masih perlu mengambil kira pulangan pelaburan atas pembangunan infrastruktur di kedua-dua negeri tersebut memandangkan terdapat perbezaan dari segi jumlah penduduk dengan Semenanjung Malaysia. “Kita tidak akan bezakan sama sekali antara Sabah,…