Percaya PRK Port Dickson tidak diboikot - Utusan Malaysia

Percaya PRK Port Dickson tidak diboikot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Sept. – Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yakin pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson tidak diboikot oleh ahli-ahli PKR serta Pakatan Harapan (PH), meskipun beberapa pihak mengkrititk langkah mengosongkan kerusi Parlimen itu untuk memberi laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, ini kerana usaha mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri merupakan konsensus PH sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lagi.

Jelasnya, beliau juga telah mengadakan perjumpuan dengan kesemua pemimpin tertinggi DAP, Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berhubung pemilihan Port Dickson tersebut.

“Ia adalah bersesuaian dengan ketetapan Majlis Pimpinan PH. Ketetapannya adalah Anwar menjadi Perdana Menteri yang berikutnya selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila PH menang pilihan raya.

“Jadi kesemua pimpinan utama PH faham kedudukan itu,” katanya dalam sidang akhbar Majlis Anugerah Harta Intelek Negara 2018 di sini hari ini.

Ancaman boikot atau sabotaj itu timbul berikutan segelintir individu yang berpihak kepada PH sebelum ini tidak senang dengan keputusan pengosongan kerusi Parlimen Port Dickson.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN