SERI MANJUNG 18 Sept. – Perak menagih sokongan padu penyokong tuan rumah untuk memburu kejuaraan hatrik bola sepak Sukan Malaysia (Sukma) 2018 apabila menentang Kedah dalam perlawanan akhir di Stadium Perak, esok. Ketua jurulatih Perak, Chan Wing Hoong berkata, kehadiran penonton mampu memberi kekuatan luar biasa kepada anak-anak buahnya untuk mempertahankan pingat emas yang dimenangi dua kali berturut-turut sejak 2014. “Kehadiran penyokong Perak mampu memberi semangat luar biasa kepada pemain. Saya harap mereka dapat memberikan sokongan padu dalam aksi final nanti. “Pujian perlu diberikan kepada peminat kerana mereka tetap menyokong…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya