Penuntut universiti nafi tunjuk alat sulit - Utusan Malaysia

Penuntut universiti nafi tunjuk alat sulit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Sept. – Seorang penuntut Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan perakaunan di sebuah universiti swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menunjukkan kemaluan ke atas seorang lelaki, Julai lalu.


Muhammad Firdaus Johan, 23, didakwa mengaibkan kehormatan dengan melakukan perbuatan lucah iaitu

menunjukkan kemaluan ke atas seorang pemuda berusia 24 tahun yang bekerja di sebuah syarikat swasta.

Memuatkan artikel berkaitan…


Perbuatan itu didakwa dilakukan di bilik sauna Blok D, tingkat 6, di sebuah kondominium, di Jalan Sentul Pasar di sini kira-kira pukul 9 malam, 21 Julai lalu.


Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Adilah Noordin mencadangkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin namun peguam, Norizan Yaacub yang mewakili Muhammad Firdaus memohon jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya masih menuntut di sebuah universiti dan ibunya pula menghidap penyakit strok, selain hanya bapanya yang bekerja.

Majistret Mahyudin Mohmad Som membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Oktober ini untuk sebutan semula kes. – UTUSAN ONLINE




Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini