PONTIAN 19 Sept. – Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit kemalangan di Kilometer 65.6 Jalan Johor Batu-Pahat, Kampung Api- api, dekat sini kira-kira pukul 8 malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian, Deputi Superintenden, Azri Noraini berkata, mangsa, Roslee Mohd. Razali, 51, maut selepas motosikalnya dilanggar sebuah kereta secara berhadapan selepas gagal memotong lori.
Kereta tersebut datang dari arah Benut menghala ke Pontian.
Katanya, siasatan awal mendapati kereta berkenaan memasuki ke laluan bertentangan dan cuba mengelak sebuah kereta yang datang dari arah hadapan sebelum melanggar motosikal mangsa.
“Akibat daripada pelanggaran itu, penunggang motosikal yang beralamat di Kampung Parit Panjang, Ayer Baloi di sini, meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Pemandu dan penumpang kereta berusia 51 dan 48 tahun pula hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya ketika dihubungi.
Jelasnya, sewaktu kejadian permukaan jalan yang lurus itu basah selepas hujan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalanraya (APJ) 1987. – UTUSAN ONLINE









