SHAH ALAM 4 Sept. – Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan penjelasan oleh Peguam Negara, Tommy Thomas, berhubung keputusan menggugurkan pertuduhan ke atas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng penting bagi mengelak rakyat terkeliru. Mohamed Azmin berkata, jika penjelasan tidak diberikan dengan sebaik mungkin, rakyat yang terkeliru akan mula meragui kewibawaan sebuah institusi penting seperti Jabatan Peguam Negara. “Peguam Negara akan buat penjelasan supaya tidak timbul tafsiran…










