PUTRAJAYA 28 Sept. – Kes penyalahgunaan air ketum khususnya di kalangan penjawat awam di Pusat Petadbiran Kerajaan telah menunjukkan peningkatan. Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hassan berkata, rekod Ibu Pejabat Daerah Putrajaya menunjukkan sebanyak 58 tangkapan dalam tempoh sembilan bulan pertama pada tahun ini berbanding 30 tangkapan bagi tempoh yang sama pada tahun lepas. Bagi tempoh yang sama, beliau berkata polis juga melakukan 29 rampasan pada tahun ini berbanding…










