Peniaga mati ditembak - Utusan Malaysia

Peniaga mati ditembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI 20 Sept. – Polis sedang mengesan dua suspek bagi membantu siasatan kes seorang peniaga yang mati ditembak di dalam kereta di hadapan rumahnya di Jalan Timah 9, Skudai di sini semalam.

MOHD. KAMARUDIN MD. DIN
MOHD. KAMARUDIN MD. DIN 

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, mangsa, Pun Chi Wee, 34, ditemukan ibunya dengan kesan tembakan di bahagian kepala, leher dan dada.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, ibu mangsa mendengar bunyi beberapa das tembakan sebelum meluru ke luar rumah.

Menurutnya, wanita itu melihat mangsa telah terkulai di dalam keretanya selepas dipercayai ditembak beberapa das dari jarak dekat.

“Ibu mangsa juga ternampak seorang individu melarikan diri selepas memasuki sebuah kenderaan yang dipandu individu lain. Sehubungan itu, polis sedang mengesan dua suspek berkenaan bagi membantu siasatan,” katanya selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah di sini hari ini.

Mohd. Kamarudin memberitahu, polis sedang menyi­asat kejadian tersebut dari pelbagai sudut termasuk kaitan dengan kongsi gelap.

“Berdasarkan siasatan awal, polis tidak menolak ke­jadian mungkin berpunca da­ripada dendam, namun siasatan masih berjalan,” ujarnya sambil memberitahu kes di­sia­sat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN