KULAI 20 Sept. – Seorang peniaga berusia 34 tahun ditemukan mati dengan kesan tembakan dalam kereta di hadapan rumahnya di Jalan Timah 9, Skudai lewat petang semalam. Mangsa, Pun Chi Wee ditemukan dengan kesan tembakan di bahagian kepala, leher dan dada. Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, mangsa ditemui ibunya yang terdengar bunyi tembakan di hadapan rumahnya. “Ibu mangsa yang bergegas keluar ternampak seorang individu melarikan…










