PETALING JAYA 7 Sept. – Seorang pengurus projek sebuah syarikat teknologi maklumat didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memalsukan sijil ijazah sebuah universiti swasta, Jun lalu. V. Suresh, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Apartmen Sri Indah, Jalan Sungai Besi, Taman Indah, dekat sini pada Jun lalu. Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa telah memalsukan satu dokumen iaitu sijil ijazah dari…










