KUALA LUMPUR 22 Sept. – Larangan penggunaan straw plastik yang akan dikuatkuasakan bermula Januari 2020 hanya melibatkan pengusaha premis makanan bukan kepada orang ramai. Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah, Datuk Seri Adnan Md. Ikhsan berkata, pelaksanaan ini mengambil kira kesan secara langsung plastik kepada alam sekitar selain peruntukkan yang tinggi bagi proses pelupusan. “Kerajaan akan melaksanakan kempen bagi menyedarkan pengguna mengenai kepentingan penjagaan alam. “Kempen berupa kesedaran mengenai keburukan straw plastik…










