KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan hari ini mengarahkan syarikat-syarikat pembekal perkhidmatan telekomunikasi kad prabayar supaya mengecualikan cukai perkhidmatan kepada pelanggan warganegara Malaysia. Menterinya, Lim Guan Eng berkata, ia perlu bagi mengatasi masalah syarikat-syarikat telekomunikasi yang menghadapi kesukaran untuk mengubah sistem mereka dengan segera. “Kaedah lain akan diumumkan kemudian untuk syarikat-syarikat telekomunikasi agar kerajaan tidak kerugian dalam usaha memastikan pelanggan mendapat nilai penuh bagi bayaran kad prabayar yang dibuat,” katanya dalam satu…










