PUTRAJAYA- Pengarah Urusan dan Penasihat Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran bagi anak syarikat Felcra Berhad direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana membabitkan RM4 juta sejak, empat tahun lalu.
Tempoh tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Pengurus kanan berusia 53 tahun ditahan pukul 6.20 petang di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya manakala suspek kedua yang berusia 45 tahun pula ditahan di pejabat SPRM Kelantan pukul 5.40 petang selepas hadir memberi keterangan, semalam.
Terdahulu, kedua- dua suspek tiba jam 9.10 pagi dengan tangan bergari dan memakai baju lokap SPRM berwarna jingga. – K! ONLINE











