KANGAR – Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Dr. Hazman Hassan cedera pada pipi kirinya akibat ditetak seorang perompak menggunakan sebilah pedang samurai di kediamannya di Jalan Kampung Guru di sini kelmarin. Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, kejadian berlaku pada pukul 12.21 tengah malam ketika mangsa baru sahaja pulang ke rumah selepas menyampaikan ceramah di sebuah masjid di sini. Menurutnya, siasatan awal mendapati perompak yang…









