Pendirian MIC lebih lunak - Utusan Malaysia

Pendirian MIC lebih lunak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS 15 Sept. – MIC hari ini menyatakan kesediaan untuk bersama dengan mana-mana pihak yang mempunyai denyutan bangsa Malaysia ke arah membentuk negara lebih makmur dan sejahtera untuk semua.

Pendirian itu dengan kehadiran pemimpinnya bersama pemimpin UMNO dalam Muktamar Tahunan Pas Pusat di sini seolah-olah memberi gambaran yang mereka merestui hubungan yang terjalin antara rakan komponennya, UMNO dengan Pas bagi bersama dalam pakatan pembangkang. 

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri S.K Devamany berkata, kerjasama itu merangkumi hal-hal berkaitan kerjasama politik, pembangunan dan pengagihan sumber kekayaan kepada rakyat.

“Ini adalah silaturrahim baharu kami. Kita sudah ada mesyuarat dengan pucuk pimpinan di Kuala Lumpur dan susulan daripada itu untuk melafazkan hasrat MIC untuk bekerjasama ke arah Malaysia yang lebih makmur,” katanya. 

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menghadiri Muktamar Pas Pusat di Stadium Tertutup Gong Badak di sini hari ini. 

Pendirian MIC ini ternyata berbeza dengan MCA, apabila Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr.Wee Ka Siong dalam satu laporan baru-baru ini berkata jika UMNO memilih untuk bekerjasama dengan Pas, Barisan Nasional (BN) boleh mengucapkan ‘selamat tinggal’ kepada kerusi yang mempunyai majoriti bukan Melayu.

Ka Siong berkata, 85 daripada 222 kerusi Parlimen mengandungi 35 peratus pengundi Cina dan India yang mana 69 daripadanya mempunyai 40 peratus pengundi daripada kaum itu.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN