KUALA LUMPUR 17 Sept.- Pergerakan Pemuda UMNO menubuhkan sebuah pasukan petugas khas untuk memperhalusi serta meneliti kerjasama di antara Pas dan UMNO. Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pasukan itu akan dipengerusikan oleh Naib Ketuanya, Shahril Sufian Hamdan. Jelasnya, matlamat penubuhan pasukan berkenaan juga adalah untuk mengumpul pandangan para perwakilan Pemuda UMNO pada Persidangan sayap Pemuda, Perhimpunan Agung UMNO 2018, 29 September ini. “Kita mahu mengambil hati, suara-suara akar…










