Tidak selenggara kenderaan punca utama lepas asap hitam lebih paras

Tidak selenggara kenderaan punca utama lepas asap hitam lebih paras

DR. NORHAZNI Mat Sari (tengah) ketika menyertai Op Operasi Gerak Kenderaan Bermotor di Kawasan Rehat dan Rawat Mambau, Lebuhraya Seremban-Port Dickson di Seremban hari ini.-UTUSAN/NOR SHAFIQAH MOHD GHAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kegagalan melakukan penyelenggaraan secara berkala antara punca pelepasan asap hitam oleh kenderaan sehingga melebihi paras ditetapkan.

Perkara itu antara yang dikesan Jabatan Alam Sekitar (JAS) sepanjang Operasi Gerak Kenderaan Bermotor 2025 dilaksanakan.

Daripada keseluruhan 9,269 buah kenderaan yang diperiksa, kenderaan berenjin diesel menjadi penyumbang utama ketidakpatuhan terhadap peraturan kawalan pelepasan dari kenderaan bermotor di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 itu.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAS, Dr. Norhazni Mat Sari berkata, pemandu yang diperiksa juga sering
memberi alasan kurang kesedaran mengenai kepentingan kawalan pelepasan dan tidak mengetahui peruntukan peraturan yang berkuatkuasa

“Bagi saya, faktor utama adalah daripada segi pemeriksaan yang dilakukan kerana penyelenggaraan tidak dilaksanakan sebaiknya.

“Di seluruh negara terdapat bengkel yang boleh membantu memastikan pelepasan kenderaan mematuhi ujian pelepasan asap,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Program Penutupan Minggu Operasi Gerak Kenderaan Bermotor Peringkat Kebangsaan di Kawasan Rehat dan Rawat Mambau, Lebuhraya Seremban-Port Dickson hari ini.

Menurutnya, sepanjang operasi itu diadakan, 567 buah kenderaan dikenal pasti melebihi bacaan ujian asap.

“Sepanjang operasi ini, JAS telah mengeluarkan 337 notis perintah, 22 perintah larangan dan 208 syor tawaran kompaun di seluruh negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN