Pemimpin tinggal UMNO disaran berlakon Munafik 3 - Utusan Malaysia

Pemimpin tinggal UMNO disaran berlakon Munafik 3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Sept. – Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pagi ini digamatkan dengan seloroh Wakil UMNO Kedah, Noran Zamini Jamaluddin yang menyarankan supaya pemimpin yang meninggalkan parti itu untuk berlakon dalam filem ‘Munafik 3’.

Sambil meniru mimik suara bapa kepada pengarah filem itu, Datuk Yusof Haslam, Noran Zamini berkata, bekas pemimpin UMNO seperti Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee yang ‘pandai berlakon’ sangat sesuai dengan tajuk filem itu.

Noran berkata, pemimpin yang mahu lompat parti atau keluar daripada UMNO dipersilakan untuk berbuat demikian tetapi mereka diingatkan supaya tidak memperlekehkan perjuangan UMNO.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ada yang sudah hampir 40 tahun dalam UMNO, dapat pelbagai manfaat sebab jadi ahli UMNO, sekarang parti ini kalah dan anda nak keluar parti, anda kata parti ini tidak relevan?

“Di atas dunia anda boleh beri macam-macam alasan, tetapi nanti di akhirat, anda perlu jawab kepada Allah SWT mengapa anda meninggalkan perjuangan untuk agama dan bangsa ini,” katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2018 di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini