MOSCOW 25 Sept. – Pemimpin pembangkang Rusia, Alexei Navalny dibebaskan selepas dipenjarakan selama 30 hari, semalam namun beliau ditahan dan dipenjarakan semula selama 20 hari atas dakwaan mengadakan tunjuk perasaan haram. Penyokong Navalny berkata, pemimpin itu ditahan ketika beliau sedang melangkah keluar daripada penjara dan hadir di mahkamah petang semalam dan didapati bersalah menganjurkan demonstrasi pada 9 September lalu. Navalny menafikan kepada mahkamah bahawa beliau terlibat dalam tunjuk perasaan haram…










