Pemilik facebook berdepan ancaman pengodam - Utusan Malaysia

Pemilik facebook berdepan ancaman pengodam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 29 Sept. – Facebook memaklumkan kira-kira 50 juta pemilik akaun laman sosial di seluruh dunia berdepan dengan pencerobohan maklumat yang membolehkan pengodam mengambil alih akaun terbabit.

Lapor BBC, syarikat itu berkata, pengodam mengeksploitasi kelemahan ciri, ‘View As’ untuk mengawal akaun terbabit.

Pencerobohan itu ditemukan pada Selasa lalu dan Facebook telah pun memaklumkan perkara itu kepada pihak polis.

Pengguna yang berpontensi terkesan insiden itu perlu masuk semula ke dalam akaun laman sosial masing-masing tanpa perlu menukar kata laluan.

Naib Presiden Pengurusan Produknya, Guy Rosen berkata, masalah itu telah dibaiki dan menambah kesemua akaun yang terkesan telah ditetapkan semula.

Lebih 40 juta akaun telah ditetapkan semula sebagai langkah berjaga-jaga.

“Sejak siasatan dimulakan, kita belum mengenal pasti sama ada akaun ini telah disalahguna atau mana-mana maklumat diakses. Kami juga tidak tahu siapa di belakang pengodam ini dan dimana mereka berada.

“Privasi dan keselamatan pengguna sangat penting dan kami meminta maaf atas apa yang berlaku,” katanya.

Syarikat turut mengesahkan pengasas Facebook, Mark Zuckerberg dan Ketua Pegawai Operasi, Sheryl Sandberg adalah antara 50 juta akaun yang terkesan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN