PADANG TERAP – Seorang pemilik dusun maut selepas dipijak seekor gajah di sebuah dusun buah-buahan berhampiran pinggir hutan di Kampung Kah Ing, Padang Sanai di sini petang kelmarin. Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, mangsa, Mat Juhid Osman, 49, dari Kampung Hulu, Padang Sanai mengalami kecederaan parah pada kepala dan patah tangan kiri. Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Noh Idris berkata, kejadian itu berlaku ketika mangsa dan abangnya, Husin Osman, 53, dalam perjalanan pulang menuju ke arah motosikal masing-masing yang diletakkan sejauh 200 meter dari tempat kejadian.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya