ALOR SETAR 21 Sept.– Pemilihan PKR Pokok Sena tidak berlangsung serentak dengan pemilihan parti di negeri ini esok. Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kedah, Dr. Azman Ismail berkata, pemilihan itu terpaksa ditangguhkan untuk tempoh yang belum ditetapkan. “Penangguhan ini dibuat kerana kami merasakan wujud elemen keraguan di situ. Jadi kami melakukan siasatan dalaman dan sementara menanti siasatan itu selesai, kami menangguhkan pemilihan untuk cabang berkenaan. “Sampai bila, belum dapat…










