Pemilihan PKR di Perlis esok terpaksa ditunda - Utusan Malaysia

Pemilihan PKR di Perlis esok terpaksa ditunda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU 22 Sept. – Proses pengundian pemilihan barisan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan peringkat cabang PKR Perlis yang dijadual berlangsung esok terpaksa ditangguhkan bagi memberi laluan kepada penambahbaikan sistem e-undi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sena yang juga calon Ketua PKR Cabang Arau, Asrul Nizan Abd. Jalil berkata, hal demikian kerana terdapat masalah sistem e-undi yang juga berlaku ketika proses pengundian di Kedah dan Pulau Pinang hari ini.

“Proses pengundian bagi peringkat negeri ini akan ditunda kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hari ini, proses pengundian PKR di beberapa kawasan di Kedah dan Pulau Pinang terpaksa ditunda berikutan masalah teknikal berkaitan sistem e-undi yang mula diperkenalkan pada pemilihan parti itu, kali ini.

Pemilihan parti itu di Perlis bakal melibatkan lebih 6,000 ahli yang layak mengundi di tiga cabang iaitu Arau, Kangar dan Padang Besar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini