KANGAR – Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2018 yang dijadualkan berlangsung esok ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Naib Ketua Cabang PKR Kangar, Asrul Nizan Abd. Jalil ketika dihubungi sebentar tadi berkata, penangguhan melibatkan tiga cabang di negeri itu terpaksa ditangguhkan bagi memastikan penambahbaikan sistem e-undi dilaksanakan dengan sempurna. “Pemilihan di Perlis esok (23 September) terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. “Terdapat masalah e-voting (e-undi)…










