Pemilihan lima cabang PKR di Kedah ditunda ke tarikh lain - Utusan Malaysia

Pemilihan lima cabang PKR di Kedah ditunda ke tarikh lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 22 Sept. – Setelah tertangguh lebih dua jam, lima cabang PKR di negeri ini terpaksa menunda pemilihan kepimpinan parti itu berikutan masalah teknikal.

Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR , Ismail Yusof berkata, pengundian di cabang Alor Setar, Sungai Petani, Sik, Baling dan Kulim/Bandar Baharu terpaksa ditunda sehingga tarikh baharu ditetapkan kelak.

“Ini kerana ketua pengawas di pusat pengundian di cabang terbabit tidak boleh mengakses kata laluan untuk masuk ke dalam sistem.

“Setelah berbincang dengan calon-calon di cabang terlibat, mereka bersetuju untuk menangguhkan pemilihan yang sepatutnya bermula pukul 10 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Ismail, pemilihan tersebut juga ditunda kerana mahu mengelak berlakunya ketegangan serta terdapat ahli PKR di kawasan cabang terlibat bertindak pulang ke rumah masing-masing selepas proses pengundian tertangguh lebih dua jam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN