JOHOR BAHRU 28 Sept. – Pembubaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan tidak akan menjejaskan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson dan Pakatan Harapan (PH) dalam tempoh dua minggu akan datang. Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, apa yang berlaku hanya membabitkan masalah organisasi dan struktur parti. “Di peringkat jentera, pimpinan dan anggota parti Bersatu, mereka beri sokongan kuat kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mewakili PH.…










