SEREMBAN 16 Sept. – Seorang wanita maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang diboncengnya terlibat dalam kemalangan di Kilometer (KM) 270.8, Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan dekat Nilai di sini semalam. Mangsa, Nor Tiara Alias, 22, yang membonceng motosikal Yamaha R25 ditunggang kakaknya, Nor Erlian, 24, dipercayai berkonvoi bersama dua buah motosikal berkuasa tinggi lain dari Kuala Lumpur menuju ke Seremban. Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintenden Azrul Hisham…











