Peluang bersih nama pemimpin UMNO - Annuar - Utusan Malaysia

Peluang bersih nama pemimpin UMNO – Annuar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Sept. – Meskipun akur pemim­pinnya disiasat berke­naan kes rasuah, pada masa sama, UMNO berharap Suruhanjaya Pencegahan Ra­suah Malaysia (SPRM) tidak bersikap berat sebelah terhadap kes-kes melibatkan pemimpin Pakatan Harapan (PH).

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berharap pemimpin-pemimpin UMNO yang disiasat dan ditahan bersabar dan menganggap perkara itu sebagai salah satu cara untuk membersihkan nama sendiri dan imej parti.

“Bagi UMNO, kita berpegang pada prinsip kedaulatan undang-undang dan selagi semua penyiasatan masih dalam lunas undang-undang yang telus dan bukan bermotifkan politik, kita akan akur dan turut kerana jika tidak bersalah sesiapa tidak perlu takut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Walau bagaimanapun, apabila satu persatu pemimpin UMNO disiasat dan memberi imej buruk pada parti tetapi kes rasuah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang sedang dibicarakan digugurkan serta merta tanpa ada siasatan susulan, itu menimbulkan keraguan kepada rakyat,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau mengulas penahanan Ahli Parlimen Baling yang juga bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan dua lagi individu ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan menerima rasuah daripada sebuah syarikat kontraktor bagi satu projek Tabung Haji.

Berhubung kenyataan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang tidak bersetuju dengan keputusan UMNO memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, Annuar berkata, pendapat Hishammuddin itu adalah pandangan peribadinya.

“Sebelum Hishammuddin membuat kenyataan itu, kita telah buat empat perjumpaan dengan kepemimpinan UMNO dan parti komponen untuk membuat keputusan dan kita telah mendengar pendapat semua ahli.

“Setelah berbincang, kita muktamadkan bahawa BN tidak akan masuk campur dengan politik ‘salin tikar’ yang dijalankan PH itu. Ini tidak selari de­ngan prinsip kita yang merasakan PRK itu adalah satu pembaziran wang rakyat yang tidak perlu diadakan semata-mata untuk kepentingan seseorang pemimpin,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini