KUALA LUMPUR 26 Sept. – Meskipun akur pemimpinnya disiasat berkenaan kes rasuah, pada masa sama, UMNO berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak bersikap berat sebelah terhadap kes-kes melibatkan pemimpin Pakatan Harapan (PH). Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berharap pemimpin-pemimpin UMNO yang disiasat dan ditahan bersabar dan menganggap perkara itu sebagai salah satu cara untuk membersihkan nama sendiri dan imej parti. “Bagi UMNO, kita berpegang pada prinsip kedaulatan…










