Pelajar perlu kuasai ilmu, siap sedia galas amanah negara - Abu Bakar - Utusan Malaysia

Pelajar perlu kuasai ilmu, siap sedia galas amanah negara – Abu Bakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Para pelajar harus memahami tanggungjawab mereka menguasai ilmu pengetahuan bagi memastikan mereka bersiap sedia memikul amanah untuk memimpin negara pada masa depan.

Demikian ingatan yang disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya kepada 68 pelajar Sekolah Menengah (SMK) Air Merah, Kulim, Kedah yang mengadakan lawatan di Bangunan Perdana Putra, di sini hari ini.

Menurut Abu Bakar, ilmu merupakan kunci kepada pembangunan negara pada masa depan yang mana para pelajar tidak harus mempersia-siakan peluang ada untuk memperkasakan diri masing-masing.

“Para pelajar ada tangungjawab. Tanggungjawab mereka adalah untuk menimba ilmu, maka lakukan tanggungjawab itu dengan sebaik-baiknya.

“Ilmu yang dikuasai itu manfaatkanlah untuk diri sendiri, masyarakat dan negara,” katanya di sini hari ini.

Pada masa sama, Abu Bakar turut menerima laporan mengenai kedudukan SMK Air Merah untuk perhatian Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN