Pelajar Malaysia di Sulawesi selamat - Utusan Malaysia

Pelajar Malaysia di Sulawesi selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Semua pelajar Malaysia di Sulawesi dilaporkan  selamat kerana kedudukan mereka jauh dari kawasan gempa bumi yang menggegarkan Kota Palu dan Donggala di Sulawesi Tengah semalam.

Menurut Atase Pendidikan Malaysia di Indonesia Mohd. Mubarak Shamsuddin, terdapat 286 pelajar Malaysia di Universitas Hassanuddin dan dua lagi menuntut di Sekolah Tinggi Ilmu dan Bahasa di Makasar, masing-masing di Sulawesi Selatan.

“Jarak kawasan yang terjejas dengan Kota Makassar adalah sejauh 700 kilometer.

“Tiada juga rakyat Malaysia di kawasan berdekatan (kawasan gempa) kerana ia bukanlah kawasan utama tumpuan pelancong,” katanya kepada Bernama di sini.

Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia kini bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia bagi mendapatkan maklumat lengkap dan terkini berhubung bencana itu. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN