PARIT BUNTAR 29 Sept. – Seorang pelajar lelaki tingkatan empat maut manakala rakannya cedera apabila motosikal yang ditunggang mereka terjatuh setelah bergesel dengan sebuah treler di Kilometer 118.7, Jalan Ipoh-Butterworth, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Omar Bakhtiar Yaacob berkata, Muhammad Syamil Norsazlan, 16, maut di tempat kejadian manakala rakannya, Muhammad Faiz Danieal Mohd. Noor, 17, luka di tangan kanan. Katanya, kejadian pada pukul 3.55 petang itu…










