Pekerja Bangladesh dihempap traktor - Utusan Malaysia

Pekerja Bangladesh dihempap traktor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT 18 Sept. – Seorang pekerja warga Bangladesh maut akibat dihempap traktor mesin rumput yang dipandunya terbabas ke dalam parit di Pantai Remis dekat sini hari ini.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 1.55 petang.

Menurutnya, ketika tiba di tempat kejadian didapati mangsa berada dalam keadaan tersepit akibat dihempap traktor yang terjatuh dalam parit.

“Anggota bomba mengeluarkan mangsa dengan bantuan jengkaut untuk mengalihkan traktor tersebut dan mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN